ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULILLAH bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini, blog rasmi sebuah kelab permotoran yang baru ditubuhkan di kawasan Bukit Gambir, Muar diwujudkan. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memuatkan segala maklumat berkaitan kelab yang meliputi aktiviti dan program yang dirancang oleh kelab malah maklumat berkaitan ahli kelab dapat dimuatkan di sini. Adalah diharapkan melalui blog ini semua ahli yang dapat mengakses internet, memanfaatkannya bagi mendapatkan maklumat terkini kelab mahupun menyalurkan maklumat, idea, komen dan sebagainya di dalam blog ini. Blog ini tidak terbatas kepada ahli sahaja malah sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan dan komen yang dapat menaikkan imej dan kredibiliti kelab. Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekian. ~blogmaster FMC~ |