PADA 18 Mac 2007 yang lalu, ahli-ahli kelab FMC telah mengadakan konvoi pra-perasmian bermula dari Petronas Bukit Gambir melalui Sungai Mati dan terus ke Dataran Tangkak.
Konvoi yang dicetuskan secara spontan oleh Naib Pengerusi FMC, Razali Yacob itu disertai oleh 26 buah kereta ahli yang terdiri dari pelbagai jenama kereta nasional.Setelah berhenti seketika di Dataran Ledang, konvoi berlepas ke Paya Mas terus ke Sagil dan melalui jalan Kampung Parit Kassan, melalui pekan Bukit Gambir ke Taman Seri Jaya dan berakhir di Petronas Bukit Gambir. Keseronokan jelas terbayang pada wajah setiap ahli yang menyertai konvoi. |