SEMPENA cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2007 yang lalu, Faceless Motor Club (FMC) telah mendapat undangan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Keluarga anjuran UMNO Cawangan Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir. Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB IR Haji Hamim Samuri turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gambir, YB M Asojan dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit Jarum Tengah. Ahli-ahli FMC turut menyertai beberapa acara yang dipertandingkan antaranya acara tarik tali. Dalam acara ini kumpulan yang dianggotai ahli Kelab FMC telah mendapat Johan. Tahniah kepada ahli-ahli FMC yang telah menaikkan nama kelab kita. |