PADA 8 Julai 2007, sebanyak 25 buah kereta ahli kelab FMC telah menyertai konvoi sempena Hari Keluarga FMC dari Bukit Gambir ke Tanjung Bidara, Melaka. Seawal jam 8.0o pagi, ahli-ahli kelab telah berkumpul di hadapan Arked Bukit Gambir dan berlepas melalui Plaza Tol Tangkak. Tiba di Tanjung Bidara, semua ahli serta keluarga ke pantai untuk memulakan acara sukaneka. Pelbagai acara telah diadakan melibatkan semua ahli serta keluarga mereka. Antara acara yang dijalankan ialah meniup belon, cari gula-gula dalam tepung, mencari telur penyu, tarian limbo dan membina istana pasir. Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengerusi FMC. Selesai acara sukaneka, ahli dan keluarga mengambil kesempatan mandi laut. Jam 4.00 petang berlepas pulang dan tiba di Bukit Gambir jam 6.30 petang.
|