PADA 1 Mei 2007, sempena cuti Hari Pekerja, selepas menyertai program bersama UMNO Cawangan Parit Jarum Tengah, ahli-ahli FMC telah berkonvoi ke Kampung Melayu Raya, Sagil. Konvoi tersebut bertujuan untuk melawat mangsa ribut yang melanda kampung itu baru-baru ini. Ahli-ahli kelab telah membuat lawatan ke beberapa buah rumah yang rosak teruk ditimpa pokok tumbang. Ahli-ahli kelab amat bersimpati terhadap mangsa yang ditimpa musibah itu dan dengan kunjungan tersebut diharapkan dapat menceriakan perasaan mangsa ribut itu. Dalam kunjungan itu, ahli-ahli kelab telah diberikan penerangan mengenai kejadian ribut yang melanda kampung itu oleh Ketua Kampung Melayu Raya, Tuan Haji Supaat Wagiman. Ahli-ahli kelab telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa hasil kutipan derma di kalangan ahli FMC. Kunjungan ini merupakan satu tanggungjawab sosial kelab FMC terhadap masyarakat setempat yang mendapat kesusahan. |