LOGO KELAB

logo baru fmc

ALAMAT KELAB

NO. 60, JALAN OKED 3,
TAMAN OKED,
84800 BUKIT GAMBIR,
LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENGERUSI KELAB


MOHD ZAINAL NORIZAN
014-2337550

NAIB PENGERUSI KELAB


ZAIDI ABD RAHMAN
019-6092446

SETIAUSAHA KELAB

cikgu yusran
CIKGU YUSRAN

NAIB SETIAUSAHA KELAB


NOOR HAKIM PAIMAN

BENDAHARI KELAB


MOHD ANUAR MOHD JANIS
redline6873@yahoo.com

AJK KELAB

MOHD ZAINAL NORIZAN
SHAMSUDIN ABDUL HAMID
MOHD FAZLI ABU BAKAR
ISA PUPON
MIRA YERNIDIANTY
SALMAN ADAM
ZAIMURI LAJIS
HAI ROZZAMAN JALAL
NOOR HAKIM PAIMAN
MOHD FADLY BUDIMAN
ROHAINANIZA JAMIAN
ROSLAN PAIMIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA

NORYANA MOHD NOR
ZAIDI ABDUL RAHMAN

R@kanBH, Berita Harian Khamis 12 April 2007
Thursday, April 19, 2007
Gambar YB Hamim Samuri mencuba permainan paintball selepas merasmikan Faceless Motor Club (FMC) tersiar dalam ruangan R@kanBH Berita Harian, Khamis 12 April 2007. Gambar tersebut adalah kiriman RakanBH Eiwan73.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 12:35 AM   0 comments
KONVOI KE TANJUNG EMAS, MUAR
Thursday, April 12, 2007
SEMPENA Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 8 April yang lalu, Faceless Motor Club (FMC) telah menganjurkan konvoi ke Tanjung Emas, Muar.

Program itu yang disertai oleh 22 buah kereta ahli FMC bersama ahli keluarga berkumpul di perkarangan Stesen Servis Petronas Bukit Gambir mulai jam 10 pagi.

Konvoi kemudian berlepas ke Bandar Muar kira-kira jam 10.30 pagi diketuai oleh Pengerusi FMC Nor Hakiim Paiman.

Konvoi tiba di Bandar Muar kira-kira jam 11.15 pagi dan meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta berhampiran padang Kelab Golf Tanjung Emas bersebelahan kediaman rasmi Pegawai Daerah Muar.
Seterusnya ahli-ahli FMC serta keluarga berjalan kaki meniti benteng konkrit untuk menyeberang ke Tanjung Emas.

Program 'Jalan-jalan Ke Tanjung Emas' bertujuan untuk ahli bersantai bersama keluarga sambil menikmati panorama di persisiran Sungai Muar di mana berbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Antara aktiviti yang diadakan di Tanjung Emas ialah pertandingan memancing Gerakan Belia 4B Parlimen Muar, ekspo perniagaan, pameran bergerak oleh Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan Muar, Jabatan Penjara Muar serta Galeri Bandar Maharani yang diadakan di bangunan Dataran Tanjung Emas.


Di samping itu, dalam ekspo di Tanjung Emas, pihak kelab mendapat tawaran promosi daripada syarikat Autoheaven yang memperkenalkan kaedah perlindungan cat kereta dengan jaminan 4 tahun tidak perlu mengilap (polish) kereta.


Maklumat lanjut mengenai syarikat yang beroperasi di No. 31, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor itu boleh didapati dengan melayari laman web www.autoheaven.org .



Post Oleh Blogmaster FMC @ 12:44 AM   0 comments
BERITA FMC DALAM AKHBAR BERITA HARIAN 5 APRIL 2007
Thursday, April 5, 2007
BERITA HARIAN, KHAMIS, 5 APRIL 2007

Anggota FMC digalak buka bengkel

MUAR: Anggota Kelab Permotoran Faceless (FMC) diminta memperluaskan kegiatan dalam bidang ekonomi termasuk membuka bengkel untuk memperbaiki kenderaan serta menganjurkan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, berkata ahli boleh mengembang kegiatan ekonomi tanpa memberi tumpuan kepada program tertentu untuk memeriahkan musim perayaan atau sambutan hari kebesaran saja.

Beliau berkata, penubuhan FMC di Ledang seharusnya memberi manfaat maksimum kepada ahli dan bukan untuk berhibur sama ada melalui program konvoi atau menjelajah pada musim tertentu.

Sehubungan itu, katanya, ahli kelab perlu memahami tujuan dan matlamat penubuhan sesebuah organisasi termasuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan sosial seperti lumba haram dan Mat Rempit.

"Saya berharap penubuhan FMC bukan saja dapat mengisi masa lapang remaja melalui pembabitan mereka dalam program yang dianjurkan tetapi meningkatkan suasana kemeriahan permotoran di Ledang.

"Melalui penubuhan kelab juga lebih banyak kegiatan dapat dijalankan terutama berkaitan dengan cita rasa dan minat generasi muda masa kini," katanya berucap merasmikan penubuhan FMC di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, di sini. Hadir sama, Pengerusi FMC, Nor Hakim Paiman.

Hamim berkata, kemeriahan suasana permotoran dalam kawasan Ledang sudah tentu boleh dipertingkatkan lagi berikutan penubuhan FMC.

Beliau berkata, kegiatan permotoran motosikal dan kereta antara bidang yang diminati bukan saja generasi muda malah golongan dewasa terutama kalangan berada.

Sementara itu, Nor Hakim berkata, FMC yang ditubuhkan pada Januari lalu mempunyai 60 ahli daripada pelbagai peringkat usia dan jantina terutama pemilik kereta dan motosikal dalam kawasan Ledang.

Beliau berkata, penubuhan FMC bertujuan mengamalkan budaya hidup berdisiplin ketika menggunakan kenderaan di jalan raya selaras dengan moto kelab Menjana Masyarakat Harmoni melalui program yang dianjurkan dari masa ke semasa.

"Ahli kelab juga bersedia memberikan kerjasama membantu pihak berkuasa dalam usaha menangani gejala sosial membabitkan belia termasuk kegiatan lumba haram dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 8:25 PM   0 comments
MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI FMC
Wednesday, April 4, 2007
MESYUARAT Ahli Majlis Tertinggi Faceless Motor Club (FMC) telah diadakan pada Ahad, 1 April 2007 di Balai Masjid Jamek Bukit Gambir mulai jam 2.30 petang.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan pelbagai agenda dan antaranya ialah program amal di Dataran Tanjung Emas, Muar pada 8 April 2007 sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Pada hari tersebut semua ahli FMC yang ingin turut serta diminta berkumpul di perkarangan Petronas Bukit Gambir seawal jam 10.00 pagi agar konvoi tersebut tiba di Dataran Tanjung Emas sebelum jam 11.00 pagi. Setiap ahli diminta memakai t-shirt kelab dan mereka dibolehkan berkongsi kereta dengan ahli FMC yang lain.

Acara yang akan dilaksanakan di sana akan diterangkan oleh Pengerusi FMC, Hakiim.

Agenda lain ialah program perjumpaan mingguan di mana ahli-ahli yang berkesempatan boleh berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna Bukit Gambir pada setiap malam minggu (Sabtu Malam Ahad) mulai jam 9.00 malam bertujuan untuk berjumpa dengan ahli-ahli, bersembang dan bertukar-tukar fikiran sama ada berkaitan kelab mahupun untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sempena dengan program itu juga, satu program lain iaitu program 'Jom Jengah Ahli' akan dilaksanakan iaitu ahli-ahli sama-sama ke gerai atau warung ahli pada malam tersebut bagi memberi sokongan moral dengan 'ngeteh' di warung mereka. Selain itu ahli-ahli juga dapat bersembang dan bertukar-tukar fikiran.

Program ini akan dilaksanakan secara bergilir-gilir dari sebuah warung ke warung ahli yang lain. Program tersebut juga bukan setakat warung ahli sahaja malah ke rumah ahli atau premis perniagaan ahli yang lain.
Ahli-ahli kelab juga diminta membayar yuran bulanan sebanyak RM10 sebelum 10 haribulan setiap bulan. Bayaran yuran boleh diserahkan sama ada kepada Bendahari @ Pengerusi @ Naib Pengerusi.


Post Oleh Blogmaster FMC @ 4:47 PM   0 comments


MENGENAI FMC

logo kereta fmc

Nama: FACELESS MOTOR CLUB
Lokasi: BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
Emel:facelessmc at gmail dot com

FMC DI FACEBOOK

SEMBANG FMC


ShoutMix chat widget

BERITA TERKINI
ARKIB
PAUTAN
ALBUM FMC
  • GALERI FOTO FMC
  • LEDANG AUTOSHOW 2009
  • PROMOSI NIAGA AHLI FMC



    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

    Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online
    ::BLUES BURGER::
    Depan 7-Eleven Bukit Gambir
    ::MAN TOWING SERVICE::
    Tel:012-7777337/012-7777337/017-7777337/013-7793009
    ::REAL JCB ENTERPRISE::
    Tel: 013-7266298/017-6916098
    ::KEDAI RUNCIT MOHD JANIS::
    Kg. Parit Kassan, Bkt. Gambir
    06-9807035

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER



    © ::FACELESS MOTOR CLUB:: Diselenggara Oleh: AdiSabariman Kreatif
    Template Oleh: Isnaini Dot Com Mula Dibina: 22 MAC 2007