LOGO KELAB

logo baru fmc

ALAMAT KELAB

NO. 60, JALAN OKED 3,
TAMAN OKED,
84800 BUKIT GAMBIR,
LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENGERUSI KELAB


MOHD ZAINAL NORIZAN
014-2337550

NAIB PENGERUSI KELAB


ZAIDI ABD RAHMAN
019-6092446

SETIAUSAHA KELAB

cikgu yusran
CIKGU YUSRAN

NAIB SETIAUSAHA KELAB


NOOR HAKIM PAIMAN

BENDAHARI KELAB


MOHD ANUAR MOHD JANIS
redline6873@yahoo.com

AJK KELAB

MOHD ZAINAL NORIZAN
SHAMSUDIN ABDUL HAMID
MOHD FAZLI ABU BAKAR
ISA PUPON
MIRA YERNIDIANTY
SALMAN ADAM
ZAIMURI LAJIS
HAI ROZZAMAN JALAL
NOOR HAKIM PAIMAN
MOHD FADLY BUDIMAN
ROHAINANIZA JAMIAN
ROSLAN PAIMIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA

NORYANA MOHD NOR
ZAIDI ABDUL RAHMAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR AHLI KELAB FMC
Friday, May 18, 2007
SATU majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran ahli-ahli kelab FMC yang jatuh pada bulan Januari hingga Mei telah diadakan pada Rabu, 16 Mei 2007 yang lalu.
Majlis sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di perkarangan rumah Naib Setiausaha FMC, Mohd Ismail Hamdan di No. 349, Jalan Gambir 11, Bandar Baru Bukit Gambir mulai jam 8.30 malam.
Antara aturcara yang dijalankan pada majlis itu dimulakan dengan bacaan doa selamat, acara memotong kek hari jadi diikuti jamuan makan malam.
Acara sambutan tersebut dimeriahkan lagi dengan acara sampingan seperti karaoke, permainan kotak beracun dan penyampaian hadiah hari jadi.
Semoga dengan adanya acara sambutan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli kelab.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 10:16 PM   0 comments
UBAH SUAI KENDERAAN PERLU RUJUK JPJ
Saturday, May 12, 2007
Ubah suai kenderaan perlu rujuk JPJ

KEGHAIRAHAN pengubahsuaian atau pemasangan aksesori perlu dirujuk pemilik kenderaan kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tindakan ini bagi mengelak kerugian dikenakan kompaun atau kenderaan ditahan pihak berkuasa.
Berikut beberapa maklumat dan panduan untuk peminat yang mahu mengubah suai kenderaan.
Pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti berikut:
  • Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
  • Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta
  • Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau mudguard
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan dan belakang
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
  • Pemasangan para bumbung
  • Pemasangan sun roof di atas bumbung
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
  • Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan saja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.
  • Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca dan penutup enjin gentian kaca pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

Pemilik kenderaan juga perlu menyedari garis panduan pihak berkuasa yang tidak membenarkan alat kelengkapan tambahan atau aksesori yang tidak dibenarkan dipasang pada kenderaan. Antaranya ialah:

  • Lampu berkelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga- berjaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
  • Pemasangan lampu limpah di bahagian belakang kereta
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.
  • Penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan dibenarkan.

Pemilik kenderaan juga perlu berhati-hati dalam pengubahsuaian terutama jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa kenderaan. Ia meliputi aspek bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor berkenaan.

Kebenaran bertulis perlu diperoleh terlebih dulu daripada pihak JPJ. Contohnya:

  • Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
  • Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
  • Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible
  • Pengubahan ke atas sistem bahan api
  • Pengubahan ke atas sistem brek
  • Pengubahan ke atas sistem stering
  • Pengubahan ke atas bes roda kenderaan
  • Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan badan keluli
  • Penukaran enjin

~Rencana ini dipetik daripada Vroom Harian Metro 11 Mei 2007~

Post Oleh Blogmaster FMC @ 10:00 PM   0 comments
KONVOI KE KAMPUNG MELAYU RAYA, SAGIL
Thursday, May 3, 2007
PADA 1 Mei 2007, sempena cuti Hari Pekerja, selepas menyertai program bersama UMNO Cawangan Parit Jarum Tengah, ahli-ahli FMC telah berkonvoi ke Kampung Melayu Raya, Sagil.
Konvoi tersebut bertujuan untuk melawat mangsa ribut yang melanda kampung itu baru-baru ini. Ahli-ahli kelab telah membuat lawatan ke beberapa buah rumah yang rosak teruk ditimpa pokok tumbang.
Ahli-ahli kelab amat bersimpati terhadap mangsa yang ditimpa musibah itu dan dengan kunjungan tersebut diharapkan dapat menceriakan perasaan mangsa ribut itu.
Dalam kunjungan itu, ahli-ahli kelab telah diberikan penerangan mengenai kejadian ribut yang melanda kampung itu oleh Ketua Kampung Melayu Raya, Tuan Haji Supaat Wagiman.
Ahli-ahli kelab telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa hasil kutipan derma di kalangan ahli FMC.
Kunjungan ini merupakan satu tanggungjawab sosial kelab FMC terhadap masyarakat setempat yang mendapat kesusahan.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 9:47 PM   0 comments
AKTIVITI SEMPENA CUTI HARI PEKERJA
Wednesday, May 2, 2007
SEMPENA cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2007 yang lalu, Faceless Motor Club (FMC) telah mendapat undangan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Keluarga anjuran UMNO Cawangan Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir.
Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB IR Haji Hamim Samuri turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gambir, YB M Asojan dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit Jarum Tengah.
Ahli-ahli FMC turut menyertai beberapa acara yang dipertandingkan antaranya acara tarik tali. Dalam acara ini kumpulan yang dianggotai ahli Kelab FMC telah mendapat Johan. Tahniah kepada ahli-ahli FMC yang telah menaikkan nama kelab kita.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 9:11 PM   0 comments


MENGENAI FMC

logo kereta fmc

Nama: FACELESS MOTOR CLUB
Lokasi: BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
Emel:facelessmc at gmail dot com

FMC DI FACEBOOK

SEMBANG FMC


ShoutMix chat widget

BERITA TERKINI
ARKIB
PAUTAN
ALBUM FMC
  • GALERI FOTO FMC
  • LEDANG AUTOSHOW 2009
  • PROMOSI NIAGA AHLI FMC



    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

    Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online
    ::BLUES BURGER::
    Depan 7-Eleven Bukit Gambir
    ::MAN TOWING SERVICE::
    Tel:012-7777337/012-7777337/017-7777337/013-7793009
    ::REAL JCB ENTERPRISE::
    Tel: 013-7266298/017-6916098
    ::KEDAI RUNCIT MOHD JANIS::
    Kg. Parit Kassan, Bkt. Gambir
    06-9807035

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER



    © ::FACELESS MOTOR CLUB:: Diselenggara Oleh: AdiSabariman Kreatif
    Template Oleh: Isnaini Dot Com Mula Dibina: 22 MAC 2007