LOGO KELAB

logo baru fmc

ALAMAT KELAB

NO. 60, JALAN OKED 3,
TAMAN OKED,
84800 BUKIT GAMBIR,
LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENGERUSI KELAB


MOHD ZAINAL NORIZAN
014-2337550

NAIB PENGERUSI KELAB


ZAIDI ABD RAHMAN
019-6092446

SETIAUSAHA KELAB

cikgu yusran
CIKGU YUSRAN

NAIB SETIAUSAHA KELAB


NOOR HAKIM PAIMAN

BENDAHARI KELAB


MOHD ANUAR MOHD JANIS
redline6873@yahoo.com

AJK KELAB

MOHD ZAINAL NORIZAN
SHAMSUDIN ABDUL HAMID
MOHD FAZLI ABU BAKAR
ISA PUPON
MIRA YERNIDIANTY
SALMAN ADAM
ZAIMURI LAJIS
HAI ROZZAMAN JALAL
NOOR HAKIM PAIMAN
MOHD FADLY BUDIMAN
ROHAINANIZA JAMIAN
ROSLAN PAIMIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA

NORYANA MOHD NOR
ZAIDI ABDUL RAHMAN

ERAT HUBUNGAN MELALUI ICT
Monday, March 24, 2008
Oleh ADISABARIMAN
Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri (tiga dari kiri) dan Adun Gambir, M Asojan (4 dari kiri) sedang memotong kek sempena perasmian Mesyuarat Agung Kali Pertama FMC di Balai Raya Parit Kassan.

MUAR: Faceless Motor Club (FMC) telah mencapai usia setahun dan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 23 Mac 2008 yang lalu di Balai Raya Parit Kassan, Bukit Gambir.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB Ir Haji Hamim Samuri dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan serta Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar.

Ahli Parlimen Ledang, YB Ir Haji Hamim dalam ucapan perasmiannya telah mengucapkan tahniah kepada FMC kerana terus menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Menurutnya, pada kebiasaannya sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya bermaya dan cergas pada peringkat awal penubuhannya sahaja dan selepas itu semakin lesu tetapi FMC terus menjalankan aktiviti yang sentiasa mendapat sokongan ahli-ahlinya.

Di samping itu, beliau berbangga kerana kelab ini turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT) menerusi penggunaan internet untuk menyebarkan maklumat berkenaan perkembangan dan aktiviti kelab dengan mewujudkan laman web yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja mereka berada.

Tambah Hamim lagi, melalui penggunaan internet, FMC boleh menjalinkan perhubungan dengan kelab-kelab kereta yang lain agar hubungan silaturahim di antara kelab lebih akrab di samping melebarkan hubungan ukhuwah.

Menurutnya, apa yang penting ialah hubungan perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum sentiasa terjalin walaupun hanya melalui kelab kereta.

Sementara itu, ADUN Gambir, M Asojan ketika berucap pada majlis itu mahu FMC mendekatkan diri dengan agensi kerajaan untuk mendapatkan peluang ekonomi termasuk bantuan bagi menganjurkan kegiatan berfaedah.

Menurutnya, agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan banyak memberi peluang dan bantuan kepada golongan belia yang berminat untuk menjalankan aktiviti sama ada berbentuk ekonomi atau kemahiran.

Beliau juga berbangga kerana FMC bukan hanya sebuah kelab untuk ahli sahaja tetapi turut disertai keluarga masing-masing bagi menambah keakraban sesama mereka.

Dalam mesyuarat agung itu, Naib Pengerusi FMC, Razali Yacob telah dipilih untuk menerajui FMC bagi sesi 2008 – 2010 manakala Mohd Razuan Senin dipilih sebagai Naib Pengerusi FMC.

Razali dalam ucapannya berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli FMC bagi menceria serta mencorakkan lagi aktiviti kelab agar dapat mencapai misi dan visi kelab juga memberi manfaat kepada ahli serta keluarga mereka.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelab FMC boleh melayari http://facelessmc.blogspot.com atau menghubungi beliau di talian 013-7699822 / 012-6223701 (Razuan) / 019-6825744 (Ismail) / 017-3746676 (Anuar) / 016-6404792 (Fazli) atau e-mel: eiwan68@yahoo.com.

Senarai penuh Jawatankuasa Faceless Motor Club (FMC) sesi 2008 – 2010:

Penaung 1: YB Ir Haji Hamim Bin Samuri (Ahli Parlimen Ledang)

Penaung 2:
YB M Asojan A/L Muniyandi (ADUN Gambir)

Pengerusi:
Razali Bin Yacob

Naib Pengerusi:
Mohd Razuan Bin Senin

Setiausaha:
Mohd Ismail Bin Hamdan

Penolong Setiausaha:
Zamri Bin Md Raya

Bendahari:
Mohd Anuar Bin Mohd Janis

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Zainal Bin Norizan
Shamsudin Bin Abd Hamid
Mohd Fazli Bin Abu Bakar
Isa Bin Pupon
Mira Yernidianty Binti Syamsul Bahri
Salman Bin Adam
Zaimuri Bin Lajis
Hai Rozzaman Bin Jalal
Noor Hakim Bin Paiman
Mohd Fadly Bin Budiman
Rohainaniza Binti Jamian
Roslan Bin Paimin

Pemeriksa Kira-kira:

Noryana Binti Mohd Nor
Zaidi Bin Abd Rahman
Post Oleh Blogmaster FMC @ 10:37 PM   0 comments
NGO DISARAN AKTIF LAKSANA AKTIVITI


Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri dan ADUN Gambir, M Asojan bergambar bersama ahli kelab FMC selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung FMC, baru-baru ini

Oleh HAI ROZZAMAN JALAL

MUAR:(23 Mac) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) disaran agar aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti agar dapat memberi manfaat kepada setiap ahlinya.

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata, setiap kelab perlu sentiasa menjalankan program dan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya kekal dalam pertubuhan itu.

“Sekiranya sesebuah kelab itu sentiasa melaksanakan aktiviti yang berfaedah untuk ahli-ahlinya, maka setiap ahli yang menganggotai kelab itu akan terus menyokong dan memberi komitmen terhadap kelab,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Faceless Motor Club (FMC) di Balai Raya Parit Kassan, Bukit Gambir, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan, Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar dan Pengerusi FMC, Razali Yacob.
Hamim berkata pada kebiasaannya, sesebuah NGO hanya aktif pada peringkat awal penubuhannya dan selepas itu kurang bermaya akibat tidak menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kelab FMC kerana terus menjalankan pelbagai aktiviti walaupun baru berusia ‘setahun jagung’ dan mendapat sokongan ahli-ahlinya dalam setiap aktiviti yang diadakan.

Hamim juga berbangga kerana FMC turut memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan mewujudkan laman web yang boleh dilayari oleh semua walau di mana sahaja mereka berada.

“Melalui kemudahan internet ini, FMC boleh berhubungan dengan kelab-kelab kereta lain yang mempunyai laman web untuk menjalin hubungan dengan lebih akrab lagi,” tambah beliau lagi.

Hamim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang berkata, dalam setiap pertubuhan atau kelab, perubahan pucuk pimpinan adalah lumrah kerana setiap ahli akan menilai prestasi kepimpinan dalam tempoh tertentu dan pemimpin yang tidak berupaya untuk memimpin akan berundur atau diundurkan oleh ahli melalui pemilihan dalam mesyuarat agung.

Katanya, setiap pemimpin atau ahli kelab perlu akur dengan tiga perkara iaitu mesti menerima setiap perubahan yang berlaku dalam institusi tersebut, mesti mensesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dengan keadaan sekitar dan mengawal perubahan yang berlaku supaya tidak hanyut dengan kehidupan.

Beliau menasihati supaya setiap pemimpin kelab perlu mempelbagaikan aktiviti yang memberi faedah kepada setiap ahli sama ada kekeluargaan, kemasyarakatan atau menjana ekonomi.

Pengerusi FMC, Razali Yacob pula berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ahli untuk menggerakkan kelab itu dengan mempelbagaikan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada setiap ahli.

Menurutnya, kegiatan kelab sepanjang setahun yang lalu boleh dilihat dengan melayari laman web kelab di alamat http://facelessmc.blogspot.com.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 12:08 AM   0 comments
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA FACELESS MOTOR CLUB
Sunday, March 23, 2008
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA FACELESS MOTOR CLUB (FMC)

TARIKH : 23 MAC 2008
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT: BALAI RAYA PARIT KASSAN, BUKIT GAMBIR.
PERASMI: AHLI PARLIMEN LEDANG, YB IR HAJI HAMIM SAMURI
TURUT HADIR: EXCO JOHOR MERANGKAP ADUN GAMBIR, YB M ASOJAN
Post Oleh Blogmaster FMC @ 9:50 PM   0 comments
MESYUARAT AJK FMC
Monday, March 17, 2008
HARI ini bertempat di Restoran JD Budiman, Sungai Jaya, semua AJK FMC telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai persiapan Mesyuarat Agung FMC kali pertama.

Keputusan yang diambil dalam mesyuarat tersebut, semua AJK bersetuju tarikh mesyuarat agung pada 23 Mac 2008 di Balai Raya Parit Kassan mulai jam 2.00 petang.

Perasmi mesyuarat agung itu ialah YB Haji Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang. Turut dijemput ialah Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Gambir, YB M Asojan.

Semua ahli kelab dijemput hadir pada mesyuarat tersebut.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 9:18 PM   0 comments
SELAMAT MENGUNDI DALAM PRU 12
Saturday, March 8, 2008
FMC MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA AHLI KELAB YANG BERKELAYAKAN MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE-12. UNDI ANDA PENENTU PEMERINTAHAN NEGARA.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 10:12 PM   0 comments
BERITA FMC DALAM MAJALAH OTOMANIA MAC 2008
Sunday, March 2, 2008

BERITA kegiatan FMC disiarkan dalam majalah OTOMANIA keluaran bulan MAC 2008.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 10:06 PM   0 comments
BERITA FMC DALAM MAJALAH KERETA MAC 2008
Saturday, March 1, 2008



BERITA mengenai kegiatan FMC disiarkan dalam majalah KERETA keluaran bulan MAC 2008.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 9:30 PM   0 comments


MENGENAI FMC

logo kereta fmc

Nama: FACELESS MOTOR CLUB
Lokasi: BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
Emel:facelessmc at gmail dot com

FMC DI FACEBOOK

SEMBANG FMC


ShoutMix chat widget

BERITA TERKINI
ARKIB
PAUTAN
ALBUM FMC
  • GALERI FOTO FMC
  • LEDANG AUTOSHOW 2009
  • PROMOSI NIAGA AHLI FMC



    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

    Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online
    ::BLUES BURGER::
    Depan 7-Eleven Bukit Gambir
    ::MAN TOWING SERVICE::
    Tel:012-7777337/012-7777337/017-7777337/013-7793009
    ::REAL JCB ENTERPRISE::
    Tel: 013-7266298/017-6916098
    ::KEDAI RUNCIT MOHD JANIS::
    Kg. Parit Kassan, Bkt. Gambir
    06-9807035

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER



    © ::FACELESS MOTOR CLUB:: Diselenggara Oleh: AdiSabariman Kreatif
    Template Oleh: Isnaini Dot Com Mula Dibina: 22 MAC 2007