LOGO KELAB

logo baru fmc

ALAMAT KELAB

NO. 60, JALAN OKED 3,
TAMAN OKED,
84800 BUKIT GAMBIR,
LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENGERUSI KELAB


MOHD ZAINAL NORIZAN
014-2337550

NAIB PENGERUSI KELAB


ZAIDI ABD RAHMAN
019-6092446

SETIAUSAHA KELAB

cikgu yusran
CIKGU YUSRAN

NAIB SETIAUSAHA KELAB


NOOR HAKIM PAIMAN

BENDAHARI KELAB


MOHD ANUAR MOHD JANIS
redline6873@yahoo.com

AJK KELAB

MOHD ZAINAL NORIZAN
SHAMSUDIN ABDUL HAMID
MOHD FAZLI ABU BAKAR
ISA PUPON
MIRA YERNIDIANTY
SALMAN ADAM
ZAIMURI LAJIS
HAI ROZZAMAN JALAL
NOOR HAKIM PAIMAN
MOHD FADLY BUDIMAN
ROHAINANIZA JAMIAN
ROSLAN PAIMIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA

NORYANA MOHD NOR
ZAIDI ABDUL RAHMAN

SEKITAR PERTANDINGAN MOTORSHOW KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009
Sunday, December 20, 2009

PROGRAM: PERTANDINGAN MOTORSHOW LEDANG 2009

ANJURAN: FACELESS MOTOR CLUB (FMC)

TARIKH: 6 DISEMBER 2009

TEMPAT: DATARAN DEWAN SERBAGUNA BUKIT GAMBIR LEDANG


SEKITAR MOTORSHOW SEMPENA KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009 PADA 6 DISEMBER 2009 DI DATARAN DEWAN SERBAGUNA BUKIT GAMBIR, LEDANG. PROGRAM ANJURAN FACELESS MOTOR CLUB.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 12:17 PM   1 comments
HASRAT UNTUK LIHAT MASJID BARU TAK KESAMPAIAN
Wednesday, December 16, 2009

Hasrat Aruah Cikgu Lan untuk melihat sebuah masjid baru di bina di atas tapak milik keluarganya tidak kesampaian....Berita Harian Edisi Johor 15 Disember 2009
Post Oleh Blogmaster FMC @ 1:18 PM   0 comments
BERITA AUTOSHOW DALAM NST JOHOR STREETS 14 DISEMBER 2009

CAR OWNERS SHOW OFF THEIR PRIDE AND JOY
Post Oleh Blogmaster FMC @ 11:22 AM   0 comments
CERITA CIKGU OSMAN SHAHIDAN MENGENAI KEMALANGAN YANG BERLAKU
Saturday, December 12, 2009
BERIKUT CERITA SEBENAR OLEH CIKGU OSMAN SHAHIDAN YANG TURUT SERTA DALAM KONVOI TERSEBUT DAN TERSELAMAT DARI KEMALANGAN YANG DIPETIK DARI WEB SUPERBIKEMALAYSIA.COM:

Salam kepada semua warga sbm.Di sini saya ingin menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Kami bertujuh,Arwah Cikgu Lan,arwah Rosli Bunching,utz Hamzah,sdr Mohidin,sdr Padil,menunggang virago 1100,Cikgu Nazarudin shadow 600 dan saya menunggang V8 dari Bukit Gambir dalam perjalanan untuk ride santai ke Kuantan,Pekan,Rompin dan balik semula melalui jalan Rompin Muazam.

Kami bertolak pada pukul.9.00 pagi.Kami tiba di Muazam lebih kurang jam 10.30 pagi,isi minyak,minum.rehat dan bagi yang merokok,kena la sedapur dua. Kemudian kami meneruskan perjalanan.Saya dihadapan,di ikuti oleh sdr Padil,Cikgu Naz,Arwah Cikgu Roslan,Utz Hamzah,Arwah Rosli dan belakang sekali sdr Mohidin.Kami bergerak dalam kelajuan 90-110 kmj.

Tiba di tempat kejadian sebuah kereta dari arah bertentangan secara tiba-tiba masuk masuk kelaluan kami.Saya terus mengelak ketepi jalan,begitu hampir bumper kereta itu dengan lutut saya,mujur saya merapatkan kaki ke tank dan terus terbabas ke bahu jalan.Mujurlah saya dapat mengawal motor saya, tak berani nak brek hanya tutup throtle,control dan naik semula ke jalan raya.Ketika itu baru saya teringat kawan kawan yang dibelakang.Bila saya toleh,dari jarak lebeh kurang 100m,saya nampak motor dan manusia bergelimpangan diatas jalan.

Menurut kata sdr Mohidin, Cikgu naz berjaya mengelak dari dirempoh,motor tak dapat dikawal dan terus terjatuh.Pemandu terus membrek dan kereta menuju ketepi jalan dan terus melanggar Arwah yang sudah cuba mengelak ketepi jalan.Utz Hamzah yang berada di belakang arwah cikgu terus melanggar kerete itu. Ketika ini kereta sudah melintang,arwah Rosli cuba mengelak ketengah,tapi tak sempat dan terus melanggar bhg pintu.Sdr mohidin yang berada dibelakang sekai terus memaut motor kekanan,mengelak motor arwah Rosli,paut kekiri semula untuk mengelak keret dari hadapan terus terjatuh dan menggelungsur.Beliau tidak luka,tetapi bahunya terseliuh.

Yang menyedihkan,ambulance hanya sampai selepas kira-kira 45 minit dari panggilan 999 yang saya buat.

Saya bagi pihak kawan2 dan keluarga mereka,mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi pertolongan secara langsung atau tidak langsung terutamanya Sdr Jefri dai Muazam,sdr naemat dan samurai7Bikers Kuantan yang sentiasa mngupdatekan keadaan terkini utz Hamzah yang bersendirian .Bikers dari Bahau,Rompin dan lain2 yang saya tak ingat.

Terima kasih juga kepada Tuan DO Muar, PPD Muar,YB Hamim Samuri dan semua yang telah memberi pengormatan terakhir kepada kedua dua rakan kita.Kami semua sungguh terharu dengan semangat "WE ARE BROTHERS" yang telah ditunjukkan.

Pukul 2 tadi saya dan sdr Padil telah melawat utz Hamzah dan beliau telah ditemani oleh isteri dan abngnya.Keadaan beliau stabil.Setakat ini tiada kecederaaan lain yang dapat dikesan keuali patah pergelangan tangan,lengan kiri,4 tulang rusuk juga patah.

Sdr Mohidin pula,pagi tadi bahunya dah mula membengkak,nak gi urut katanya.
Cikgu Naza pun katanya sakit seluruh badan.Dah pun gi urut tadi.

Syukur kehasrat Ilahi yeng telah melindungi saya dan yang lain yang terselamat.
Setakat ini dulu report dari saya.Dah mengantuk,esok (hari ni )nak balik sarawak,flight pukul 8 pagi,nak kena bangun pukul 4.00 pagi.

Post Oleh Blogmaster FMC @ 8:08 AM   0 comments
AJK FMC MAUT DALAM KEMALANGAN
Friday, December 11, 2009
Berita mengenai kemalangan yang menimpa AJK Faceless Motor Club, Allahyarham Cikgu Roslan Paimin dalam Harian Metro dan New Straits Times hari ini. Semua Jawatankuasa dan ahli kelab mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. FMC juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosli Boncing yang turut meninggal dunia dalam kemalangan itu. Anak beliau merupakan ahli kelab Rock Oil Motor Group Parit Jarum Darat. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh kedua-duanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.


Allahyarham Cikgu Roslan Paimin (berdiri barisan tengah no. 9 dari kanan) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa FMC selepas Mesyuarat Agung pertama 2008.


DUA PESERTA KONVOI MAUT DIREMPUH KERETA

PEKAN: Kegembiraan tujuh sahabat berkonvoi dari Muar, Johor ke Kuantan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha Virago berakhir tragedi menyedihkan apabila dua daripada mereka maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh kereta di Kilometer 86, Jalan Kuantan-Segamat di Ladang Simpai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Roslan Paimin, 43, seorang guru di Muar dan tinggal di Bukit Gambir, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Rosli Bunthing, 48, seorang kontraktor juga berasal dari Bukit Gambir disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Seorang lagi penunggang, Hamzah Sa’amah, 35, dari Pasir Puteh, Kelantan pula patah lengan kanan, pergelangan tangan kanan, cedera di rusuk dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan awal mendapati, empat lagi rakan mangsa tidak cedera kerana sempat mengelak dirempuh kereta Proton Wira berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, pemandu kereta itu, Ramlah Endut, 31, dari Pontian, Johor dalam perjalanan menghala ke Pontian dari Kuantan cuba memotong lori.

Katanya, pemandu wanita itu yang juga seorang guru dipercayai memotong lori terbabit sebelum bertembung dengan tiga daripada tujuh motosikal berkuasa tinggi berkenaan.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu, Roslan, Rosli dan Hamzah tercampak sebelum Roslan maut di tempat kejadian manakala Rosli disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HMS.

“Hamzah masih menerima rawatan di HTAA dan polis mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan lanjut kejadian terbabit.

“Pemandu kereta itu yang cedera di muka dan lutut kiri mendapat rawatan di HMS manakala dua anaknya masing-masing berusia 14 dan 10 tahun tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, jenazah dua sahabat terbabit dituntut ahli keluarganya sebaik selesai dibedah siasat selesai petang semalam.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: HARIAN METRO, 11 DISEMBER 2009

2 FRIENDS KILLED IN CRASH

PEKAN: Two friends died and another was injured when their motorcycles crashed into a car at Km86 Jalan Kuantan-Segamat near Ladang Simpai yesterday.

Teacher Roslan Paimin, 43, and 48-year-old contractor Rosli Bunting died at Muadzam Shah Hospital while Hamzah Sa'amah, 35, was warded with several fractures at Tengku Ampuan Afzan Hospital in Kuantan.

They were among seven people travelling in convoy from Muar to Kuantan on motorcycles when the accident occurred at 11am.

District police chief Superintendent Yahaya Othman said initial investigations showed the driver of the car was attempting to overtake a lorry when she crashed into the oncoming motorcycles.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, DECEMBER 11, 2009
Post Oleh Blogmaster FMC @ 12:01 PM   0 comments
BANDI AMUK DI KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009
Sunday, December 6, 2009

Bandi Amuk membuat persembahan di Karnival Jualan Mega Ledang 2009 pada malam 5 Disember yang lalu. Selepas habis persembahan, ahli FMC ambil kesempatan bergambar bersama dia. Pengerusi FMC, Jack beri cenderahati t-shirt autoshow kepada Bandi.

Post Oleh Blogmaster FMC @ 1:07 PM   1 comments
BERITA AUTOSHOW KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009 DALAM BERITA HARIAN EDISI JOHOR
Friday, December 4, 2009

BERITA AUTOSHOW KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009 DISIARKAN DALAM BERITA HARIAN EDISI JOHOR 4 DISEMBER 2009
Post Oleh Blogmaster FMC @ 11:17 AM   0 comments
BERITA PERASMIAN KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009 DALAM BERITA HARIAN
Thursday, December 3, 2009

BERITA PERASMIAN KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009 OLEH YB HAJI HAMIM SAMURI DALAM BERITA HARIAN EDISI JOHOR HARI INI.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 1:20 PM   0 comments
SEKITAR AUTOSHOW KARNIVAL JUALAN MEGA LEDANG 2009
Wednesday, December 2, 2009

Pameran kereta penganjur...

Kaunter pendaftaran autoshow...

Kereta peserta memasuki dataran..

Petugas FMC memberikan arahan..

Tukang jaga pintu masuk...

Abang Isa dan Abang Rasul..

Lan 'surveyor' (kanan)

Wak Ajis 'Tok Moh'

Pandangan dari atas dewan...

Yana seluk apa tu!

Penghakiman sedang dijalankan...

Enal sedang menghakimi bahagian dalaman kereta...

GAMBAR-gambar sekitar program autoshow sempena Karnival Jualan Mega Ledang 2009 pada 29 November 2009.
Post Oleh Blogmaster FMC @ 11:00 PM   0 comments


MENGENAI FMC

logo kereta fmc

Nama: FACELESS MOTOR CLUB
Lokasi: BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
Emel:facelessmc at gmail dot com

FMC DI FACEBOOK

SEMBANG FMC


ShoutMix chat widget

BERITA TERKINI
ARKIB
PAUTAN
ALBUM FMC
  • GALERI FOTO FMC
  • LEDANG AUTOSHOW 2009
  • PROMOSI NIAGA AHLI FMC



    klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

    Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online
    ::BLUES BURGER::
    Depan 7-Eleven Bukit Gambir
    ::MAN TOWING SERVICE::
    Tel:012-7777337/012-7777337/017-7777337/013-7793009
    ::REAL JCB ENTERPRISE::
    Tel: 013-7266298/017-6916098
    ::KEDAI RUNCIT MOHD JANIS::
    Kg. Parit Kassan, Bkt. Gambir
    06-9807035

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER



    © ::FACELESS MOTOR CLUB:: Diselenggara Oleh: AdiSabariman Kreatif
    Template Oleh: Isnaini Dot Com Mula Dibina: 22 MAC 2007