Sempena Aidilfitri, salah seorang ahli kelab FMC, Wak Nor Omar dan keluarga telah membuat rumah terbuka pada 26 September 2009 di kediamannya di Kampung Parit Jarum Darat. Ahli-ahli FMC serta keluarga masing-masing turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Mereka dijamu nasi beriyani dan diserikan dengan pertunjukan bunga api. Kelab mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada Wak Nor sekeluarga. |